Berita Berita
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Dua Ahli Dewan Negara, Datuk Rosni Sohar dan Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, dalam satu majlis rasmi di Dewan Negara.
Pelantikan Datuk Shamsuddin, yang juga Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat, adalah lantikan semula oleh Dewan Negeri Perak berkuat kuasa pada 20 Disember 2024 hingga 19 Disember 2027. Sementara itu, Datuk Rosni Sohar, Setiausaha Wanita UMNO, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh bermula hari ini hingga 8 Januari 2028.
Dalam ucapannya, Awang Bemee mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Senator dan menyeru mereka memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk memupuk kesedaran mengenai keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau turut menekankan peranan penting Dewan Negara melalui penubuhan tiga jawatankuasa utama, iaitu:
- Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah
- Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat
- Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang
"Ahli-ahli Dewan Negara disaran melaksanakan libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk sektor awam dan swasta, sama ada di dalam atau luar negara, khususnya dalam bidang diplomatik dan legislatif yang memberi kepentingan bersama," katanya.
Beliau juga menekankan keutamaan hubungan antarabangsa, khususnya dengan ASEAN, APEC, BRIC, dan Komanwel, yang relevan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan.
Pemilihan Datuk Shamsuddin sebelum ini diputuskan menerusi undian ketika hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 5 Disember 2024, selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menggulungkan Belanjawan Negeri 2025.
Awang Bemee turut mengalu-alukan penyertaan kedua-dua Senator dalam memberi sumbangan idea dan pandangan melalui jawatankuasa-jawatankuasa tersebut untuk memperkukuh fungsi Dewan Negara. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm