Berita Berita
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
KUALA LUMPUR 9 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang mewajibkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas persiaran sebelum mereka memulakan tugas.
Menteri, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan pemandu bas mengambil dadah ketika bertugas.
"Kita dapati berlaku beberapa siri kemalangan membabitkan pelancong. Ada polis memaklumkan sesetengah pemandu bas mengambil dadah atas alasan dipaksa majikan bekerja selama 12 jam.
"Pihak agensi pelancongan juga digesa supaya menjaga keselamatan pelancong termasuk dari segi penyediaan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Libat Urus bersama Pemain Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) di sini, hari ini.
Dalam kejadian 23 Disember lalu, tujuh termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 (KM) Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menambah jumlah pegawai penguatkuasaan dalam kementerian berkenaan bagi mengatasi beberapa isu dibangkitkan pemain industri.
"Kita sedia maklum mengenai isu ramai agensi pelancongan tidak berlesen. Bagi mengatasi masalah ini, kita memerlukan penambahan pegawai penguatkuasaan.
"Ini juga termasuk bagi mengatasi isu agensi pelancongan serta pemandu pelancong yang menyewa lesen mereka kepada orang luar seperti yang berlaku di Sabah," katanya.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:42 pm