Berita Berita
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
SHAH ALAM 8 Jan. – Polis menemukn mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Sungai Damansara berhampiran bangunan Xin Hua Warehouse, Seksyen 22, di sini, pada semalam.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan itu pada pukul 11.14 pagi.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri, memakai t-shirt merah hitam lengan pendek dan seluar panjang gelap.
"Tiada kesan pergelutan atau kecederaan ditemui pada tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok pagi bagi menentukan punca kematian. Kes ini diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR).
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohamad Amzar Mohamad Shuffie, di talian 013-6666657.
Polis sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa dan meneruskan siasatan bagi mendapatkan maklumat lanjut. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm