Berita Berita
Kontraktor rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
KUALA LUMPUR: Kontraktor kerugian lebih RM5.9 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil(JSJK) Selangor menerima satu laporan polis di Kajang oleh mangsa membabitkan kerugian RM5,900,506.48.
Menurutnya, mangsa berusia 58 tahun bekerja sebagai kontraktor syarikat swasta tertarik dengan satu iklan pelaburan Davidson Kampner Capital Management (DKCM MYS-C) yang diiklankan melalui laman sosial Facebook.
"Mangsa diarahkan suspek untuk memuat turun aplikasi bernama A-trade yang didapati dalam Apple Store dan dia perlu memastikan amaun dalam akaunnya mencukupi bagi membeli unit share yang diingini dan turut membuat transaksi mengikut arahan diberikan suspek.
"Mangsa membuat pindahan wang sebanyak 30 kali dalam lapan akaun syarikat berbeza secara berperingkat bermula September hingga November 2024," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa tidak menerima pulangan keuntungan pelaburan dan berasa ditipu.
"Susulan itu dia tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm