Berita Berita
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
PETALING JAYA 9 Jan. - Sebanyak 18 premis perniagaan tanpa lesen dikenakan tindakan sitaan dan penutupan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan PJ2 dan Pasar Seri Setia, Sungai Way di sini.
Operasi bersepadu itu melibatkan kerjasama antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, bertujuan membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen, khususnya yang melibatkan warga asing.
Menurut kenyataan MBPJ, operasi ini juga bertujuan memastikan semua perniagaan dijalankan secara sah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Operasi yang bermula pada jam 11 pagi, Rabu lalu, turut disertai oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon. Hasil operasi, sebanyak 18 premis tanpa lesen telah dikenakan tindakan sitaan dan penutupan,” kata MBPJ dalam kenyataan pada Khamis.
Selain itu, pihak imigresen turut menahan 20 individu warga asing daripada pelbagai kewarganegaraan untuk siasatan lanjut.
MBPJ menegaskan akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi.
“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang melanggar undang-undang,” tambah kenyataan itu. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm