Berita Berita
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Seni bina masjid yang menjadi salah satu keunikan Malaysia akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Menurut Tiong, video montaj terdahulu yang berdurasi 41 saat dan mendapat kritikan kerana tidak memaparkan elemen masjid hanyalah video pelancaran ringkas.
“Video tersebut sekadar pengenalan awal dengan durasi pendek. Fokus utama adalah untuk memperlihatkan keunikan Malaysia secara inklusif. Saya berharap semua pihak memahami bahawa video pelancaran seperti ini tidak boleh terlalu panjang atau terlalu terperinci,” jelasnya dalam kenyataan pada semalam
Beliau menambah, elemen seni bina masjid akan ditonjolkan dalam video promosi yang lebih terperinci. Video ini kini berada dalam peringkat akhir penghasilan dan dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.
Selain seni bina masjid, video promosi baharu itu juga akan menampilkan elemen seni, budaya, dan tarikan pelancongan seperti silat, Tarian Ngajat, dan Tarian Sumazau yang melambangkan keindahan budaya serta perpaduan rakyat Malaysia.
Tiong turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang memanipulasi isu ketiadaan masjid dalam video terdahulu sebagai sentimen agama dan perkauman.
“Sikap golongan ini hanya mencabar keharmonian sosial negara. Usaha kami bukanlah bertentangan dengan semangat Malaysia MADANI. Sebaliknya, kami mahu menonjolkan perpaduan, rasa hormat, dan kesejahteraan bersama,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa fokus utama kementerian adalah menjadikan Malaysia destinasi pelancongan bertaraf dunia sambil mengukuhkan ekonomi melalui sektor pelancongan, seni, dan budaya.
Tiong menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini atau menjadikannya bahan perpecahan, sebaliknya bersatu mempromosikan keunikan Malaysia.
Video pelancaran berdurasi 41 saat yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Tourism Malaysia sebelum ini memaparkan destinasi popular seperti Jalan Petaling, Pasar Seni, Gua Mulu, Skywalk Langkawi, Batu Caves, dan gereja lama di Melaka. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm