Berita Berita
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengesahkan bahawa dakwaan mengenai kebocoran kertas peperiksaan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 adalah tidak berasas setelah siasatan menyeluruh dijalankan.
Menurut kenyataan KPM, siasatan itu melibatkan semakan terhadap semua tangkap layar dan bahan yang tular di media sosial.
“Hasil siasatan mendapati tangkap layar yang tersebar hanya memaparkan senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan. Tiada soalan dari kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 ditemukan dalam mana-mana bahan tular tersebut,” jelas kenyataan itu.
KPM turut menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak memenuhi definisi kebocoran seperti yang ditetapkan oleh prosedur pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan.
Dalam pada itu, KPM menasihatkan semua calon SPM untuk kekal fokus dan tidak terpengaruh dengan khabar angin.
“Kementerian sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam dipelihara, dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon SPM Tahun 2024 adalah terjamin,” tambah kenyataan itu.
Calon peperiksaan diingatkan agar terus bersiap sedia dengan tenang untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm