Berita Berita
Harga RON97 naik lima sen seliter
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Januari.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak lima sen seliter daripada RM2.98 kepada RM3.03 seliter bagi tempoh sama.
"Seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.33 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.03 seliter.
"Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter," menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu. - Bernama
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm