Berita Berita
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
KAJANG 8 Jan - Kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan selepas kakinya tersepit di dalam lubang singki di sebuah rumah di Taman Seri Taming Cheras, di sini, pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.04 petang.
"Seramai lima anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh empat kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kaki seorang bayi telah tersangkut pada lubang singki.
"Operasi mengeluarkan kaki mangsa telah berjaya dilakukan, mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm