Berita Berita
Beberapa buah kenderaan tersangkut dalam lubang benam
KUBANG PASU 8 Jan. - Beberapa buah kenderaan dilaporkan terbenam dalam lubang yang terbentuk di jalan Bendang Cheruk, Changlun, pada Selasa lalu, dipercayai akibat pemasangan paip.
Penduduk tempatan yang mengulas kejadian ini di laman Facebook mendakwa lubang tersebut terbentuk akibat kerja-kerja pemasangan paip oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA).
Walau bagaimanapun, pihak SADA yang dihubungi menjelaskan bahawa projek tersebut tidak berada di bawah kendalian mereka.
Tiada Kemalangan, Hanya Laporan Kerosakan Kenderaan
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh, setakat ini tiada laporan kemalangan jalan raya yang dilaporkan berkaitan kejadian tersebut.
Namun, satu laporan am telah dibuat di Balai Polis Changlun berkaitan kerosakan pada kenderaan, yang dirujuk kepada syarikat kontraktor pembinaan yang terlibat.
Pihak berkuasa kini sedang meneliti isu tersebut untuk tindakan lanjut. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:04 pm
Angkara 'perang mulut', 13 ditahan bertumbuk dalam kedai mamak di Kluang
January 9, 2025, 4:34 pm
Polis tahan pemilik, pembantu taska bantu siasatan kes bayi cedera digigit
January 9, 2025, 2:49 pm
Siapa dapat subsidi petrol ditentukan daripada pendapatan boleh guna bersih - Rafizi
January 9, 2025, 2:49 pm
MCMC rakam percakapan Adun Sungai Burong berhubung hantaran palsu libat PM
January 9, 2025, 2:35 pm
Penemuan objek menyerupai bahan letupan di Lebuh Sungai Pinang gemparkan penduduk
January 9, 2025, 2:13 pm
Dua pemimpin UMNO dilantik Senator Dewan Negara
January 9, 2025, 1:53 pm
Wajibkan pemandu bas jalani ujian air kencing sebelum mula tugas - MOTAC
January 9, 2025, 1:42 pm