TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut ditembak depan destoran di Johor Bahru

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 8 Jan. - Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun maut selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, memaklumkan bahawa pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 12 tengah hari berhubung kejadian itu.

Menurut Raub, siasatan awal mendapati mangsa ditembak oleh individu yang masih belum dikenal pasti.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terlibat, saksi kejadian, dan punca sebenar insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video kejadian bagi mengelakkan spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis komited untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan akan mengemas kini perkembangan kes ini selepas siasatan selesai.

Kejadian itu mengejutkan masyarakat setempat, dan pihak berkuasa menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan insiden ini untuk tampil membantu siasatan. - Media Telus

+ - reset