TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Titah Adendum: Peguam Negara enggan komen

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 8 Jan. - Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar enggan mengulas mengenai Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

"Saya tidak mahu komen," katanya ringkas kepada Berita Harian ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.

Dalam pada itu, usaha media mendapatkan reaksi bekas Peguam Negara, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berhubung perkara itu juga tidak berhasil.

Najib yang juga bekas perdana menteri kelmarin berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum Januari tahun lalu.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. 

Malah, Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya sudah menghantar enam surat termasuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengesahkan kewujudan titah berkenaan, namun ia tidak dijawab. - Media Telus

+ - reset