Berita Berita
Wanita maut jatuh tingkat 23 kondominium
SANDAKAN 8 Jan - Seorang wanita maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Buli Sim Sim di sini, malam tadi.
Warga tempatan berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan kaki.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 8 malam.
"Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai jatuh dari tingkat 23 berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) lif kondominium itu yang mendapati wanita terbabit keluar dari lif di tingkat berkenaan.
"Siasatan juga mendapati wanita itu bukan penghuni kondominium berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:44 am
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
January 9, 2025, 9:41 am
Jurutera rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
January 9, 2025, 9:35 am
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
January 9, 2025, 9:27 am
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
January 9, 2025, 9:23 am
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
January 9, 2025, 9:19 am
Harga RON97 naik lima sen seliter
January 8, 2025, 11:10 pm
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
January 8, 2025, 4:55 pm
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
January 8, 2025, 4:48 pm
Beberapa buah kenderaan tersangkut dalam lubang benam
January 8, 2025, 4:35 pm