Berita Berita
Tanah runtuh, Taman Eko Rimba Mossy Forest ditutup sementara
KUANTAN 8 Jan - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menutup sementara Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest bermula semalam hingga suatu tarikh diberitahu kelak berikutan kejadian tanah runtuh kelmarin yang menutup jalan untuk naik ke pusat pelancongan itu.
Aktiviti mendaki Gunung Irau turut tidak dibenarkan dalam tempoh berkenaan. Pelancong perlu mematuhi notis yang dikeluarkan bagi menjamin keselamatan mereka.
Penolong Pengarah kanan Hutan Lipur JPNP, Muhamad Rahman Mustafa, berkata kerja membersih tanah runtuh dan membaiki cerun jalan ke TER Mossy Forest dan Gunung Irau itu akan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik jabatan.
Menurutnya, pemandu pelancong atau malim gunung termasuk penyedia kemudahan kenderaan ke kawasan terbabit telah dimaklumkan bagi memastikan mereka tidak menerima tempahan daripada pelancong yang mahu ke dua tempat terbabit.
Keputusan penutupan sementara TER Mossy Forest dan Gunung Irau itu diputuskan demi keselamatan orang ramai berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu kini.
"Kejadian tanah runtuh berlaku kelmarin disebabkan hujan yang berterusan di Cameron Highlands, demi keselamatan pelancong kita terpaksa menutup sementara bagi menjalankan kerja pembersihan.
"Kita menjangkakan TER Mossy Forest ditutup antara dua hingga tiga minggu bergantung pada masa diambil untuk membersih tanah runtuh dan pokok tumbang," katanya, dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah pelancong tempatan dan luar negara ke TER Mossy Forest dan Gunung Irau kini semakin bertambah, mereka datang ke dua tempat berkenaan setiap hari dan jumlahnya bertambah pada hujung minggu dan cuti sekolah.
Muhamad Rahman berkata, untuk mengindahkan lagi TER Mossy Forest JPNP sebelum ini telah membelanjakan sebanyak RM450,000 bagi menaik taraf tempat berkenaan menjadi antara produk pelancongan terkenal di tanah tinggi itu.
Beliau menambah, peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) digunakan bagi tujuan berkenaan sebagai usaha memberi lebih keselesaan kepada pelancong.
Katanya, TER Mossy Forest terkenal dengan hutan lumut dan pemandangan menarik serta persekitaran yang sejuk.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:44 am
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
January 9, 2025, 9:41 am
Jurutera rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
January 9, 2025, 9:35 am
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
January 9, 2025, 9:27 am
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
January 9, 2025, 9:23 am
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
January 9, 2025, 9:19 am
Harga RON97 naik lima sen seliter
January 8, 2025, 11:10 pm
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
January 8, 2025, 4:55 pm
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
January 8, 2025, 4:48 pm
Beberapa buah kenderaan tersangkut dalam lubang benam
January 8, 2025, 4:35 pm