Berita Berita
DBKL roboh struktur haram di kawasan Bukit Bintang
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pelbagai agensi melaksanakan operasi bersepadu bagi merobohkan struktur haram di rizab jalan awam sekitar Bukit Bintang, kelmarin.
Operasi yang disertai Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Integriti, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, serta Pejabat Cawangan Bukit Bintang ini turut mendapat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), serta Alam Flora Sdn Bhd.
Menurut kenyataan DBKL melalui hantaran di Facebook, sebanyak sembilan premis yang membina struktur tambahan sehingga menutup longkang dan laluan awam telah dirobohkan. Dua premis lagi mengambil tindakan sendiri dengan membuka struktur tambahan tersebut sebelum operasi bermula.
Kesalahan dan Tindakan Sitaan
Dalam operasi berkenaan, tujuh kes sitaan serta-merta turut dilaksanakan atas kesalahan meletakkan barangan di tempat awam mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Semua sisa struktur yang dirobohkan dilupuskan oleh DBKL, manakala barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut.
Pemantauan Berterusan
DBKL memberi jaminan akan meneruskan tindakan dan pemantauan di lokasi-lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti. Orang awam digalakkan untuk menyalurkan maklumat atau membuat aduan melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 10:17 am
Ambil perhatian! Hujan berterusan diramal landa Pantai Timur, selatan bermula esok
January 9, 2025, 9:44 am
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
January 9, 2025, 9:41 am
Kontraktor rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
January 9, 2025, 9:35 am
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
January 9, 2025, 9:27 am
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
January 9, 2025, 9:23 am
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
January 9, 2025, 9:19 am
Harga RON97 naik lima sen seliter
January 8, 2025, 11:10 pm
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
January 8, 2025, 4:55 pm
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
January 8, 2025, 4:48 pm