Berita Berita
Penunggang motosikal maut rempuh lembu berkeliaran
TAMPIN 8 Jan. - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran di Kilometer 43 Jalan Tampin Gemas, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa warga Indonesia berusia 26 tahun itu merupakan tukang masak di sebuah kedai makan di Sungai Kelamah dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.
“Tiba di lokasi kejadian, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada ditengah jalan, lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa berada di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:44 am
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
January 9, 2025, 9:41 am
Kontraktor rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
January 9, 2025, 9:35 am
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
January 9, 2025, 9:27 am
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
January 9, 2025, 9:23 am
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
January 9, 2025, 9:19 am
Harga RON97 naik lima sen seliter
January 8, 2025, 11:10 pm
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
January 8, 2025, 4:55 pm
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
January 8, 2025, 4:48 pm
Beberapa buah kenderaan tersangkut dalam lubang benam
January 8, 2025, 4:35 pm