Berita Berita
Jumpa bom tinggalan Perang Dunia Kedua, Pulau Sibuan ditutup sementara
SEMPORNA 8 Jan - Pulau Sibuan yang terletak dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran di sini ditutup sementara susulan penemuan bom dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua.
Notis penutupan itu dikeluarkan Pengurusan Taman-Taman Sabah di laman rasmi Facebook mereka bahawa penutupan sementara pulau tersebut bermula jam 12.30 tengah hari Selasa.
"Penutupan Sementara bagi substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran berhubung penemuan berkemungkinan bom perang dunia kedua.
"Segala kesulitan berhubung perkara ini adalah sangat dikesali," kata notis tersebut pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Sabri Zainol mengesahkan penemuan objek tersebut.
"Kita akan ke tempat penemuan untuk mengenal pasti dan untuk tindakan lanjut.
"Orang awam diminta supaya jangan masuk ke kawasan tersebut sehingga selesai tindakan keselamatan diambil," katanya.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 10:17 am
Ambil perhatian! Hujan berterusan diramal landa Pantai Timur, selatan bermula esok
January 9, 2025, 9:44 am
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
January 9, 2025, 9:41 am
Kontraktor rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
January 9, 2025, 9:35 am
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
January 9, 2025, 9:27 am
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
January 9, 2025, 9:23 am
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
January 9, 2025, 9:19 am
Harga RON97 naik lima sen seliter
January 8, 2025, 11:10 pm
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
January 8, 2025, 4:55 pm
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
January 8, 2025, 4:48 pm