Berita Berita
Anwar mahu GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi bumiputera
KUALA LUMPUR 8 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi penegasan dan cabaran kepada ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasakan pembangunan ekonomi bumiputera.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pemimpin terbabit juga berperanan menggerakkan prakarsa atau usaha berkaitan pembangunan ekonomi golongan bumiputera.
Beliau menegaskan perkara itu dalam hantaran melalui laman X selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025.
Anwar memaklumkan pada mesyuarat itu, MEB telah membincangkan kertas-kertas berkaitan pemerkasaan syarikat bumiputera dalam pemerolehan kerajaan melalui Program mySTI dan hala tuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.
Katanya, MEB adalah platform tertinggi yang mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional.
"MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya," katanya.
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:44 am
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
January 9, 2025, 9:41 am
Jurutera rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
January 9, 2025, 9:35 am
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
January 9, 2025, 9:27 am
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
January 9, 2025, 9:23 am
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
January 9, 2025, 9:19 am
Harga RON97 naik lima sen seliter
January 8, 2025, 11:10 pm
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
January 8, 2025, 4:55 pm
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
January 8, 2025, 4:48 pm
Beberapa buah kenderaan tersangkut dalam lubang benam
January 8, 2025, 4:35 pm