Berita Berita
Titah Adendum berpotensi cetus krisis perlembagaan
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelaksanaan titah addendum di luar kerangka Lembaga Pengampunan Diraja mencetuskan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang negara serta prinsip keadilan sejagat. Langkah ini dikhuatiri mewujudkan precedent yang boleh memberi implikasi besar kepada sistem keadilan dan persepsi umum.
Bekas pemimpin Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na'aman berkata, pelaksanaan tersebut berpotensi memberikan keistimewaan kepada golongan banduan elit atau berpengaruh, sekali gus menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap golongan tertentu.
“Jika titah addendum dilaksanakan tanpa melalui prosedur Lembaga Pengampunan Diraja seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian IV Bab 3 Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, ia bukan sahaja mencabar prinsip undang-undang tetapi juga mencipta ketidakadilan antara banduan elit dan banduan biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan konsep tahanan rumah dijadikan pilihan hukuman alternatif, terutamanya bagi banduan berstatus elit.
“Konsep tahanan rumah ini belum diiktiraf dalam undang-undang negara. Jika diperkenalkan, persoalan timbul mengenai pelaksanaannya. Adakah rumah banduan perlu dikawal 24 jam oleh anggota polis? Bagaimana mekanisme pemantauan seperti gelang pengesan? Dan rumah mana yang akan digunakan memandangkan banduan elit lazimnya memiliki banyak kediaman?” soal beliau.
Dr. Muhammad Faiz juga menegaskan bahawa pengenalan tahanan rumah memerlukan perincian menyeluruh untuk memastikan ia memenuhi piawaian keadilan dan tidak membebankan sumber awam seperti wang cukai rakyat.
“Sekiranya tahanan rumah hanya memberikan keselesaan kepada banduan elit, ia boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat dan komuniti antarabangsa. Sistem keadilan kita mungkin dianggap berat sebelah dan memihak kepada golongan berpengaruh,” jelasnya.
Beliau mengakhiri kenyataan dengan menyeru kerajaan supaya memastikan sebarang langkah berkaitan pengampunan atau hukuman alternatif mematuhi peruntukan perlembagaan serta prinsip keadilan yang saksama. - Media Telus
Berita berkaitan
January 9, 2025, 9:44 am
Polis sahkan penemuan mayat terapung di Sungai Damansara
January 9, 2025, 9:41 am
Jurutera rugi hampir RM6 juta terpedaya scam pelaburan tidak wujud di Facebook
January 9, 2025, 9:35 am
18 premis tanpa lesen libat warga asing disita di Petaling Jaya
January 9, 2025, 9:27 am
Tiada elemen masjid, King Sing akui video ringkas untuk pelancaran sahaja
January 9, 2025, 9:23 am
KPM sahkan tiada kebocoran kertas sejarah SPM 2024
January 9, 2025, 9:19 am
Harga RON97 naik lima sen seliter
January 8, 2025, 11:10 pm
Kaki bayi perempuan 2 bulan tersepit dalam lubang sinki
January 8, 2025, 4:55 pm
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
January 8, 2025, 4:48 pm
Beberapa buah kenderaan tersangkut dalam lubang benam
January 8, 2025, 4:35 pm