Berita Sukan
Bumbung bocor, aksi Terbuka Malaysia di Axiata Arena terganggu
KUALA LUMPUR 7 Jan - Kejohanan Terbuka Malaysia terpalit dengan insiden memalukan apabila bumbung di Axiata Arena, Bukit Jalil mengalami kebocoran akibat hujan lebat pada hari pertama, hari ini.
Situasi yang berlaku menyaksikan beberapa perlawanan yang sedang berlangsung pada kejohanan yang berstatus elit Super 1000 BWF (Persekutuan Badminton Dunia) itu terpaksa ditangguhkan.
Gelanggang yang terjejas adalah gelanggang dua dan tiga dengan kebocoran yang berlaku tampak serius.
Antara perlawanan yang terjejas adalah membabitkan beregu wanita negara, Go Pei Lee-Teoh Mei Xing yang sedang berdepan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.
Acara perseorangan lelaki antara Brian Yang dari Kanada menentang pemain India HS Prannoy turut terganggu.
Setakat ini, pihak penganjur dilihat sedang berusaha untuk menangani situasi ini bagi memastikan kejohanan dapat diteruskan dengan perlawanan sudah terhenti lebih daripada 30 minit.
Begitupun, insiden ini mencetuskan kekecewaan dalam kalangan pemain dan penonton memandangkan status elit kejohanan ini yang sepatutnya berlangsung di fasiliti bertaraf dunia.
Pihak penganjur setakat ini belum memberikan kenyataan rasmi. - Berita Harian
Berita berkaitan
January 24, 2025, 10:05 am
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
January 18, 2025, 12:25 pm
Kerjasama mantap pastikan kemenangan besar JDT ke atas TFC
January 13, 2025, 12:33 pm
Peruntukan RM30 juta tingkat motivasi Harimau Malaya
January 12, 2025, 11:18 pm
Harimau Malaya dapat peruntukan tambahan RM15 juta, dibiaya syarikat swasta
January 10, 2025, 12:15 pm
Pemain pertahanan JDT terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ACL
January 3, 2025, 3:12 pm
Masa depan Azizulhasni bersama pasukan kebangsaan masih samar
December 30, 2024, 11:20 am
Atlet silambam harum nama Malaysia, bawa pulang 12 emas, juara keseluruhan kejohanan Asia
December 24, 2024, 12:07 pm
FAM gantung keahlian KAFA berkuat kuasa serta-merta
December 20, 2024, 11:54 am