TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tun M gelar UMNO kadam DAP

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Bekas Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad memberi pandangan kritikal terhadap langkah UMNO yang menarik diri daripada solidariti terhadap rayuan kes Najib Razak berkaitan addendum.

Malah, Dr Mahathir menerusi kenyataannya juga memaklumkan yang UMNO kini sudah menjadi kadam DAP.

"Ramai yang tidak faham kenapa UMNO tarik diri dari solidariti terhadap appeal Najib berkenaan addendum," kata beliau.

Menurut Dr Mahathir, keputusan tersebut mungkin didorong oleh tekanan politik dan survival dalam Kerajaan Perpaduan yang didominasi oleh parti seperti DAP.

Beliau turut merujuk kenyataan Yang di-Pertuan Agong, yang menurutnya tidak melarang perhimpunan berkenaan addendum tetapi hanya menjelaskan proses pengampunan.

“Kenyataan Duli Yang Maha Mulia cuma menjelas cara pengampunan boleh diberi. Perhimpunan berkenaan addendum boleh diteruskan oleh UMNO,” jelas Dr Mahathir.

Namun, beliau mengaitkan langkah UMNO dengan tentangan DAP terhadap potensi kerjasama UMNO dengan PAS.

“Tetapi yang jelas ialah tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO dengan PAS. Jika diteruskan, UMNO mungkin tersingkir dari Kerajaan PH,” ujar beliau, sambil menyatakan bahawa pengaruh Lim Guan Eng masih kuat dalam arena politik.

Dr Mahathir juga menekankan bahawa kedudukan kerajaan tidak akan terjejas sekiranya UMNO disingkirkan daripada gabungan.

"Nasib pemimpin UMNO boleh terjejas apabila UMNO bukan lagi dalam Kerajaan. Keselamatan pemimpin UMNO bergantung kepada sertaan dalam Kerajaan. Sokongan DAP diperlukan," katanya. - Media Telus

+ - reset