Berita Berita
Hukuman sebat di khalayak ramai tidak akan dilaksana di Sabah
KUALA LUMPUR 6 Jan – Kerajaan negeri Sabah tidak akan sama sekali melaksanakan pelaksanaan takzir sebatan secara terbuka di khalayak ramai.
Perkara itu ditegaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif susulan kenyataan Mufti negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menerusi sebuah akhbar tempatan pada 3 Januari lalu yang bertajuk ‘Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai’.
Jelas Mohd Arifin, kerajaan negeri ingin memaklumkan bahawa kenyataan Ustaz Bungsu merupakan pendapat dan pandangan peribadi beliau dan sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan negeri.
“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa agama akan kekal dengan hukuman yang sedia ada terhadap kesalahan takzir. Takzir merupakan hukuman yang dijatuhkan atas kesalahan yang tidak dinyatakan bentuknya oleh syarak.
“Kerajaan negeri tidak akan melaksanakan hukum sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan di negeri Terengganu, baru-baru ini, memandangkan Sabah merupakan negeri yang unik, terdiri daripada berbilang kaum dan agama, serta keharmonian agama, toleransi dan persefahaman menjadi teras rakyat Sabah hidup secara aman dan harmoni,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berharap perkara tersebut tidak terus menjadi modal politik atau menjadi bahan perdebatan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan suasana yang kurang harmoni.
“KIta berpegang prinsip Fiqh Sabahi yang juga diperkenalkan oleh Mufti Sabah iaitu fiqh kebijaksanaan dan hikmah dalam pergaulan, menjalin hubungan dan bermasyarakat dan menjalankan nilai dakwah dan syiar Islamiah berdasarkan kehidupan pelbagai kaum dan agama di Sabah. - Media Telus
Berita berkaitan
January 8, 2025, 1:53 pm
Titah Adendum: Peguam Negara enggan komen
January 8, 2025, 1:49 pm
Peniaga ditahan hina Agong di media sosial
January 8, 2025, 12:18 pm
Wanita maut jatuh tingkat 23 kondominium
January 8, 2025, 12:08 pm
Tanah runtuh, Taman Eko Rimba Mossy Forest ditutup sementara
January 8, 2025, 11:22 am
DBKL roboh struktur haram di kawasan Bukit Bintang
January 8, 2025, 11:06 am
Penunggang motosikal maut rempuh lembu berkeliaran
January 8, 2025, 10:50 am
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh, 59 sudah dirakam percakapan
January 8, 2025, 10:13 am
SPRM tahan 8 individu, bongkar sindiket rasuah pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM
January 8, 2025, 10:06 am
Jumpa bom tinggalan Perang Dunia Kedua, Pulau Sibuan ditutup sementara
January 8, 2025, 10:02 am