TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KDN hanya terima perintah sedia ada daripada Lembaga Pengampunan, tiada perintah tambahan

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 6 Jan - Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebaliknya menegaskan pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib.

"Pada 2 Februari 2024, KDN khususnya Jabatan Penjara, kita menerima surat daripada BHEUU iaitu sekretariat dalam Lembaga Pengampunan dan dalam surat itu ada dua perkara, pertama disertakan minit mesyuarat dan kedua ialah perintah.

"Minit mesyuarat mengandungi semua perbincangan yang berlangsung (dalam Lembaga Pengampunan), itu saya tak boleh dedah sebab rahsia besar dan perintah pula ialah mengenai pengurangan hukuman ke atas Datuk Seri Najib seperti mana yang diketahui sebelum ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

+ - reset