Berita Berita
Hujan lebat berterusan dijangka landa timur, selatan Semenanjung bermula Khamis
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini sehingga 13 Januari depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara dalam tempoh tersebut.
"Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut. Berikutan daripada luruan monsun kuat ini juga, perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.
"Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut. Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai," katanya.
Beliau berkata MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.
"Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.
"Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian hotline 1-300-22-1638," katanya. - Bernama
Berita berkaitan
January 8, 2025, 12:18 pm
Wanita maut jatuh tingkat 23 kondominium
January 8, 2025, 12:08 pm
Tanah runtuh, Taman Eko Rimba Mossy Forest ditutup sementara
January 8, 2025, 11:22 am
DBKL roboh struktur haram di kawasan Bukit Bintang
January 8, 2025, 11:06 am
Penunggang motosikal maut rempuh lembu berkeliaran
January 8, 2025, 10:50 am
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh, 59 sudah dirakam percakapan
January 8, 2025, 10:13 am
SPRM tahan 8 individu, bongkar sindiket rasuah pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM
January 8, 2025, 10:06 am
Jumpa bom tinggalan Perang Dunia Kedua, Pulau Sibuan ditutup sementara
January 8, 2025, 10:02 am
Anwar mahu GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi bumiputera
January 8, 2025, 9:58 am
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
January 8, 2025, 9:48 am