Berita Berita
JPJ bakal gunakan kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan
PUTRAJAYA 6 Jan. - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa penggunaan kamera badan untuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperkenalkan dalam usaha meningkatkan ketelusan dan integriti penguatkuasaan, terutama melibatkan kenderaan berat.
Dalam sidang media selepas majlis amanat tahun baharu 2025 Kementerian Pengangkutan, beliau berkata langkah ini bukan sahaja bertujuan menjaga imej JPJ, tetapi juga melindungi keselamatan anggota ketika bertugas.
"Pemakaian kamera badan ini penting untuk memastikan integriti JPJ terpelihara, di samping melindungi anggota daripada tuduhan tidak berasas dan cemuhan ketika menjalankan tugas," jelas Anthony Loke.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, sebelum ini mencadangkan penggunaan kamera badan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta melindungi anggota daripada sebarang salah tafsir semasa bertugas.
Loke turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang berunding dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan segera untuk perolehan kamera badan ini.
"Saya berharap anggota JPJ dapat dilengkapi dengan kamera badan menjelang penghujung tahun ini," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, sebelum ini menyatakan bahawa penggunaan kamera badan diyakini dapat meningkatkan integriti anggota JPJ serta membina kepercayaan orang awam terhadap pasukan penguatkuasaan. - Media Telus
Berita berkaitan
January 8, 2025, 1:49 pm
Peniaga ditahan hina Agong di media sosial
January 8, 2025, 12:18 pm
Wanita maut jatuh tingkat 23 kondominium
January 8, 2025, 12:08 pm
Tanah runtuh, Taman Eko Rimba Mossy Forest ditutup sementara
January 8, 2025, 11:22 am
DBKL roboh struktur haram di kawasan Bukit Bintang
January 8, 2025, 11:06 am
Penunggang motosikal maut rempuh lembu berkeliaran
January 8, 2025, 10:50 am
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh, 59 sudah dirakam percakapan
January 8, 2025, 10:13 am
SPRM tahan 8 individu, bongkar sindiket rasuah pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM
January 8, 2025, 10:06 am
Jumpa bom tinggalan Perang Dunia Kedua, Pulau Sibuan ditutup sementara
January 8, 2025, 10:02 am
Anwar mahu GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi bumiputera
January 8, 2025, 9:58 am