TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Mungkin UMNO penakut atau 'wayang' saja lebih, tapi PAS tetap akan berhimpun untuk Najib

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 5 Jan - PAS tetap dengan pendirian untuk meneruskan perhimpunan solidaritikepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, turut menegaskan tindakan itu juga tidak sesekali menyalahi undang-undang.

"Kita akan teruskan dan tindakan kita bukan untuk mewujudkan huru-hara sebaliknya hanya berhimpun secara aman bagi mengetahui sama ada wujud atau tidak Titah Adendum.

"Apa yang pasti kita akan teruskan sebagaimana yang dirancang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya sama ada tindakan PAS itu melanggar titah Yang di-Pertuan Agong selain larangan polis tidak membenarkan perhimpunan berkenaan, Mohd Amar berkata tiada siapa yang boleh menyekat mereka untuk ke mahkamah.

"Tiada siapa yang boleh menyekat kita untuk ke mahkamah. UMNO batalkan hasrat mereka itu terpulang kepada parti itu.

"Mungkin UMNO penakut atau hanya sekadar berpura-pura selama ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa parti itu membatalkan himpunan berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu selaras dengan prinsip menghormati titah Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan untuk memberi keampunan atau pengurangan hukuman kepada mana-mana banduan, serta arahan Ketua Polis Negara untuk tidak membenarkan sebarang perhimpunan berkaitan isu berkenaan. - Berita Harian

+ - reset