Berita Berita
Hubungan diplomatik Malaysia-Singapura diperkukuh dalam lawatan 2 hari ke tanah air esok

PUTRAJAYA 5 Jan – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula esok bersempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11.
Wisma Putra berkata, Lawrence akan diiringi isterinya, Loo Tze Lui selain Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perdagangan dan Industri serta beberapa menteri lain.
“Beliau akan diraikan dalam satu majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya diikuti dengan mesyuarat delegasi ALR bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Satu kenyataan akhbar bersama akan dikeluarkan selepas ALR tersebut,” katanya hari ini.
Semasa lawatan tersebut, kedua-dua pihak dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Singapura serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
“Kedua-dua pemimpin juga dijadualkan menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (Joint Agreement on Johor-Singapore Special Economic Zone- JS-SEZ).
“Ia turut melibatkan enam Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Surat Niat yang merangkumi pendidikan, wanita dan kebajikan sosial,” katanya.
Surat niat itu turut merangkumi perubahan iklim, penangkapan dan penyimpanan karbon, pembangunan bandar serta usaha memerangi jenayah rentas sempadan.
Katanya, sebagai negara jiran dan salah satu rakan utama dalam ASEAN, Malaysia dan Singapura menjalin hubungan erat dan meluas dalam pelbagai bidang.
“Kedua-dua negara kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain, dengan jumlah dagangan dua hala mencecah USD78.59 bilion (RM360.12 bilion) dari Januari hingga November 2024.
Untuk rekod, tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Berita berkaitan
March 11, 2025, 3:06 pm
MBS tanggalkan pintu PPR Lobak susulan tunggakan sewa sehingga RM34,000
March 11, 2025, 3:01 pm
Era FM dikompaun RM250,000, tiada penggantungan lesen – MCMC
March 11, 2025, 2:51 pm
Mayat lelaki ditemui terapung di lombong Serendah
March 11, 2025, 2:41 pm
Pesara wanita rugi duit simpanan RM100,000
March 11, 2025, 2:28 pm
PUSPAKOM Wangsa Maju beroperasi hingga Jun 2026 – Anthony Loke
March 11, 2025, 2:22 pm
Mohd Na'im sokong usaha hentikan perdebatan berkaitan agama
March 11, 2025, 2:16 pm
PM tekankan kepentingan memperkukuh dasar Islam dalam pendidikan
March 11, 2025, 1:25 pm
Hormati nasihat Menteri Perpaduan, Saravanan batal hasrat debat dengan Zamri Vinoth
March 11, 2025, 1:13 pm