Berita Berita
Kes hMPV meningkat, KKM nasihat orang ramai berjaga-jaga, cegah jangkitan
KUALA LUMPUR 5 Jan - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 327 sampel positif virus 'human metapneumovirus' (hMPV) sepanjang 2024, meningkat berbanding 225 pada tahun 2023.
KKM dalam kenyataan berkata hMPV adalah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
"Ia bukanlah satu penyakit baru dan di negara ini jangkitan hMPV tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
"Bagaimanapun jangkitan saluran pernafasan akan terus wujud dalam komuniti dan kita perlu sentiasa berwaspada menghadapinya.
"Orang ramai dinasihatkan supaya proaktif menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitannya kepada orang lain terutama di kawasan tertutup dan sesak.
"KKM juga akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara, meningkatkan kesiapsiagaan dan mengambil tindakan sewajarnya," kata KKM.
Penularan virus hMPV di China berada pada tahap membimbangkan sehingga menjejaskan beberapa negara Asia lain.
Terdapat aduan mengenai hospital penuh sesak dan sistem penjagaan kesihatan yang tertekan akibat penularan pantas virus terbabit terutama di kawasan utara China, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu.
Dalam pada itu, KKM berkata, peningkatan jangkitan saluran pernafasan akut pada hujung dan awal tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya, selaras peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara-negara lain terutamanya yang bermusim sejuk seperti China.
"Sebagai langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan, KKM sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa, sama ada di dalam dan luar negara termasuklah kuman yang menyebabkan COVID-19, Influenza dan jangkitan saluran pernafasan lain.
"Mereka yang mengalami gejala berpanjangan atau semakin teruk perlu segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan ataupun swasta terdekat.
"Selain itu, amalkan langkah-langkah kerap mencuci tangan, tutup mulut ketika batuk dan memakai pelitup muka bagi mereka berisiko tinggi atau berada di kawasan sesak," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi jangkitan COVID-19, tiada kematian dilaporkan sejak 25 April 2024, varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di negara ini juga masih varian Omicron dan subvariannya.
Tiada kes baharu varian Omicron dilaporkan dari 24 November 2024 hingga hujung tahun.
Berita berkaitan
January 6, 2025, 7:40 pm
Tun M gelar UMNO kadam DAP
January 6, 2025, 5:51 pm
Hukuman sebat di khalayak ramai tidak akan dilaksana di Sabah
January 6, 2025, 5:44 pm
Muhammad Zaharif mungkin dilenyek Ativa – Miros
January 6, 2025, 5:29 pm
SJKT Ladang Ayer Tawar terbakar 70 peratus
January 6, 2025, 5:04 pm
KDN hanya terima perintah sedia ada daripada Lembaga Pengampunan, tiada perintah tambahan
January 6, 2025, 4:39 pm
Mustahil PM tak tahu mengenai Titah Adendum untuk Najib - Hamzah
January 6, 2025, 4:38 pm
UMNO mohon ihsan Agong beri pengampunan penuh buat Najib
January 6, 2025, 4:30 pm
Hujan lebat berterusan dijangka landa timur, selatan Semenanjung bermula Khamis
January 6, 2025, 3:35 pm
Ujian air kencing, pengimbas badan antara syor masuk konsert di Selangor
January 6, 2025, 3:27 pm