Berita Berita
Seekor lagi kucing mati dalam UM akibat diserang anjing liar
KUALA LUMPUR 5 Jan - Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata aduan diterima daripada seorang penuntut wanita universiti terbabit pada jam 3.02 pagi di Balai Polis Pantai.
Katanya, pengadu bersama beberapa rakan melihat beberapa ekor anjing menggigit seekor kucing di sebuah kawasan parkir dalam kampus universiti terbabit.
"Pengadu bersama rakan-rakannya menghalau kumpulan anjing itu sebelum mendekati kucing itu dan mendapati kucing berkenaan telah mati.
"Pengadu kemudiannya menanam bangkai kucing itu dan membuat laporan polis untuk merujuk kejadian kepada pihak UM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya dalam kenyataan, semalam.
Ku Mashariman berkata, polis tidak menjalankan siasatan berhubung kejadian ini kerana kematian kucing itu adalah disebabkan perbuatan anjing liar.
Berita berkaitan
January 6, 2025, 7:40 pm
Tun M gelar UMNO kadam DAP
January 6, 2025, 5:51 pm
Hukuman sebat di khalayak ramai tidak akan dilaksana di Sabah
January 6, 2025, 5:44 pm
Muhammad Zaharif mungkin dilenyek Ativa – Miros
January 6, 2025, 5:29 pm
SJKT Ladang Ayer Tawar terbakar 70 peratus
January 6, 2025, 5:04 pm
KDN hanya terima perintah sedia ada daripada Lembaga Pengampunan, tiada perintah tambahan
January 6, 2025, 4:39 pm
Mustahil PM tak tahu mengenai Titah Adendum untuk Najib - Hamzah
January 6, 2025, 4:38 pm
UMNO mohon ihsan Agong beri pengampunan penuh buat Najib
January 6, 2025, 4:30 pm
Hujan lebat berterusan dijangka landa timur, selatan Semenanjung bermula Khamis
January 6, 2025, 3:35 pm
Ujian air kencing, pengimbas badan antara syor masuk konsert di Selangor
January 6, 2025, 3:27 pm