Berita Berita
Gaji progresif berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta
KUALA LUMPUR 5 Jan - Pendapatan pekerja swasta di negara ini berjaya ditingkatkan melalui pelaksanaan gaji progresif secara rintis bermula Jun hingga Disember lalu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata bagi pekerja di peringkat permulaan, gaji median permulaan naik dari RM1,950 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,200 sebulan, iaitu kenaikan RM250 sebulan setiap pekerja.
Katanya, bagi pekerja berpengalaman iaitu bukan peringkat permulaan, gaji median naik dari RM2,200 sebulan kepada RM2,400 sebulan iaitu kenaikan RM200 setiap pekerja.
"Kerajaan memberikan insentif yang berbeza kepada majikan untuk menaikkan gaji.
"Bagi pekerja di peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya tangga gaji permulaan mengikuti panduan gaji mengikut pekerjaan yang dikeluarkan Majlis Perundingan Gaji Negara.
"Bagi pekerja bukan peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya kenaikan gaji tahunan sekurang-kurangnya enam peratus diberikan kepada pekerja yang layak," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Rafizi berkata, dengan pengesahan bahawa model gaji progresif berkesan untuk menaikkan gaji pekerja swasta, Perdana Menteri, dalam ucapan Belanjawan 2025 telah mengumumkan pelaksanaan penuh gaji progresif bermula 2025 dengan peruntukan RM200 juta.
Katanya, peruntukan itu akan memberi manfaat kepada sekitar 50,000 orang pekerja.
"Insya-Allah, setiap bulan akan ada pekerja swasta baru yang layak menerima gaji progresif dan sekiranya ini berlaku secara berterusan, kita akan mempercepatkan kenaikan tangga gaji dan gaji median pekerja swasta. Sama-sama kita doakan," katanya.
Berita berkaitan
January 6, 2025, 7:40 pm
Tun M gelar UMNO kadam DAP
January 6, 2025, 5:51 pm
Hukuman sebat di khalayak ramai tidak akan dilaksana di Sabah
January 6, 2025, 5:44 pm
Muhammad Zaharif mungkin dilenyek Ativa – Miros
January 6, 2025, 5:29 pm
SJKT Ladang Ayer Tawar terbakar 70 peratus
January 6, 2025, 5:04 pm
KDN hanya terima perintah sedia ada daripada Lembaga Pengampunan, tiada perintah tambahan
January 6, 2025, 4:39 pm
Mustahil PM tak tahu mengenai Titah Adendum untuk Najib - Hamzah
January 6, 2025, 4:38 pm
UMNO mohon ihsan Agong beri pengampunan penuh buat Najib
January 6, 2025, 4:30 pm
Hujan lebat berterusan dijangka landa timur, selatan Semenanjung bermula Khamis
January 6, 2025, 3:35 pm
Ujian air kencing, pengimbas badan antara syor masuk konsert di Selangor
January 6, 2025, 3:27 pm