Berita Berita
Nak balik Palestin segera punca kekecohan di Wisma Transit KL

KUALA LUMPUR 5 Jan - Warga Palestin yang membuat kecoh dan merosakkan barang di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) di sini semalam seperti tular di media sosial dipercayai berpunca kerana mahu proses permohonan mereka pulang ke Palestin dipercepatkan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, insiden kekecohan itu berlaku jam 5 petang, semalam namun situasi itu dapat dikawal dengan baik oleh pihaknya.
Susulan insiden berkenaan, pegawai dan anggota ATM yang bertugas berbincang bersama dengan warga Palestin terbabit.
"Kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.
"Situasi itu dapat dikawal dengan baik tanpa membabitkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu berkata, warga Palestin terbabit kemudian bersurai jam 7.30 malam.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden berkenaan," katanya.
Terdahulu, rakaman video memaparkan sekumpulan individu warga Palestin membuat kekecohan dan turut didakwa merosakkan serta membakar barang di pusat transit.
Insiden itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat yang kecewa dengan kekecohan yang berlaku dan berharap warga Palestin dapat dihantar pulang ke negara mereka.
Sebelum ini pada Oktober tahun lalu, rakaman video wanita warga Palestin membuat kecoh dan merosakkan harta awam di WTKL tular di media sosial sebelum kemudian tampil membuat permohonan maaf.
Individu itu adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos tahun lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza.
Pada 4 Ogos tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Perhimpunan Solidariti Palestin di Bukit Jalil, mengumumkan bahawa Malaysia merancang untuk menerima orang awam Palestin yang cedera bagi membolehkan mereka menerima rawatan di Malaysia.
Pada 16 Ogos, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM. - Media Telus
Berita berkaitan
March 11, 2025, 3:06 pm
MBS tanggalkan pintu PPR Lobak susulan tunggakan sewa sehingga RM34,000
March 11, 2025, 3:01 pm
Era FM dikompaun RM250,000, tiada penggantungan lesen – MCMC
March 11, 2025, 2:51 pm
Mayat lelaki ditemui terapung di lombong Serendah
March 11, 2025, 2:41 pm
Pesara wanita rugi duit simpanan RM100,000
March 11, 2025, 2:28 pm
PUSPAKOM Wangsa Maju beroperasi hingga Jun 2026 – Anthony Loke
March 11, 2025, 2:22 pm
Mohd Na'im sokong usaha hentikan perdebatan berkaitan agama
March 11, 2025, 2:16 pm
PM tekankan kepentingan memperkukuh dasar Islam dalam pendidikan
March 11, 2025, 1:25 pm
Hormati nasihat Menteri Perpaduan, Saravanan batal hasrat debat dengan Zamri Vinoth
March 11, 2025, 1:13 pm