Berita Berita
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika tangkap ketam
KOTA KINABALU, 5 Jan. - Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menangkap ketam di Kampung Likas pada malam Khamis.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Jos Guasi, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 10.30 malam. Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.45 malam dan seramai 10 anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira dua kilometer dari BBP Lintas.
“Siasatan awal mendapati mangsa terkena renjatan elektrik semasa menjalankan aktiviti menangkap ketam. Bekalan elektrik telah diputuskan oleh pihak Sabah Electricity sebelum pasukan bomba mengalihkan mangsa ke lokasi yang selamat,” jelas Agustavia dalam kenyataan pada Jumaat.
Pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 12.50 tengah malam selepas memastikan kawasan kejadian selamat daripada sebarang risiko bahaya lain. - Media Telus
Berita berkaitan
January 5, 2025, 12:39 pm
Hubungan diplomatik Malaysia-Singapura diperkukuh dalam lawatan 2 hari ke tanah air esok
January 5, 2025, 12:33 pm
Anggota APM cedera, ambulans langgar besi kren di Kuala Langat
January 5, 2025, 12:29 pm
Kes hMPV meningkat, KKM nasihat orang ramai berjaga-jaga, cegah jangkitan
January 5, 2025, 12:23 pm
Seekor lagi kucing mati dalam akibat UM diserang anjing liar
January 5, 2025, 12:21 pm
Atlet Paragliding Malaysia maut jatuh laut ketika latihan di Thailand
January 5, 2025, 12:20 pm
Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta berkunci
January 5, 2025, 12:17 pm
4 cedera treler rempuh 3 kenderaan di Kluang
January 5, 2025, 12:15 pm
Gaji progresif berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta
January 5, 2025, 12:11 pm
Nak balik Palestin segera punca kekecohan di Wisma Transit KL
January 4, 2025, 12:48 pm