Berita Berita
Sebar risalah agama Kristian di tengah bandar, ini komen Menteri Agama
KUALA LUMPUR 3 Jan – Semua pihak dimohon untuk bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat siasatan terperinci berkenaan video tular didakwa berkait penyebaran agama Kristian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak supaya menghormati serta akur kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara keharmonian dalam bernegara.
“Apa-apa tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara perlulah dihentikan kerana ia boleh membawa keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan beberapa lelaki menyebarkan risalah berkait dengan penyebaran ajaran kristian di dalam kawasan Wangsa Maju.
Susulan itu, polis mengesan tiga individu didakwa terbabit aktiviti penyebaran risalah Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dipetik berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE.
Berita berkaitan
January 5, 2025, 12:39 pm
Hubungan diplomatik Malaysia-Singapura diperkukuh dalam lawatan 2 hari ke tanah air esok
January 5, 2025, 12:33 pm
Anggota APM cedera, ambulans langgar besi kren di Kuala Langat
January 5, 2025, 12:29 pm
Kes hMPV meningkat, KKM nasihat orang ramai berjaga-jaga, cegah jangkitan
January 5, 2025, 12:23 pm
Seekor lagi kucing mati dalam akibat UM diserang anjing liar
January 5, 2025, 12:21 pm
Atlet Paragliding Malaysia maut jatuh laut ketika latihan di Thailand
January 5, 2025, 12:20 pm
Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta berkunci
January 5, 2025, 12:17 pm
4 cedera treler rempuh 3 kenderaan di Kluang
January 5, 2025, 12:15 pm
Gaji progresif berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta
January 5, 2025, 12:11 pm
Nak balik Palestin segera punca kekecohan di Wisma Transit KL
January 4, 2025, 12:48 pm