TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibu maut, anak 4 tahun cedera dirempuh motosikal ditunggang remaja di Jempol

By
|
Kongsi
image

 

JEMPOL 3 Jan – Seorang wanita maut selepas dilanggar motosikal yang ditunggang remaja berusia 14 tahun dalam kejadian di Felda Palong 5, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian pukul 6.40 petang itu melibatkan motosikal Yamaha Nouvo dinaiki wanita 43 tahun bersama anak lelakinya berusia empat tahun dan motosikal Yamaha 135 LC.

Berdasarkan siasatan, nahas dipercayai berlaku ketika dua beranak tersebut dalam perjalanan dari jalan besar Felda Palong 5 menghala ke rumah mereka.

“Setibanya di lokasi, remaja tersebut memotong motosikal dinaiki dua beranak yang mahu membelok ke kanan sebelum berlaku pelanggaran.

“Akibat pelanggaran itu, wanita tersebut cedera dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Felda Palong 4, 5 dan 6 sebelum disahkan meninggal dunia pukul 7.30 malam.

“Pembonceng pula cedera di bahu, manakala remaja pula cedera di kepala serta muka. Remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah,” katanya kepada pemberita hari ini. 

+ - reset