Berita Berita
Lelaki Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen, cap imigresen tumpas
KUALA LUMPUR 2 Jan - Sindiket pemalsuan dokumen dan cap imigresen yang dipercayai didalangi warga Pakistan tumpas selepas tiga suspek ditahan menerusi serbuan ke sebuah premis di ibu negara.
Operasi oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kuala Lumpur Isnin lalu itu dijalankan hasil risikan selama tiga minggu.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata tangkapan membabitkan suspek lelaki berusia 36 tahun, pasangan wanitanya berusia 27 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan dalang wanita berkenaan.
"Kesemua suspek kini ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Wan Muhammed Saupee berkata sindiket itu dikesan aktif memalsukan pelbagai dokumen imigresen seperti pas lawatan kerja sementara, cap keselamatan imigresen, cap keluar masuk negara dan tiket penerbangan membabitkan beberapa negara serantau yang dipercayai telah beroperasi selama setahun.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai menumpukan pelanggan warga asing yang tinggal secara haram atau lebih masa di Malaysia dengan antara lain menjual cap keselamatan pada harga RM350 dengan keuntungan komisen sekitar RM150 setiap satu.
Katanya, hasil serbuan ke premis itu, pasukan operasi turut merampas 18 naskhah pasport pelbagai negara disyaki palsu antaranya Filipina dan Pakistan, enam cap keselamatan imigresen, cap keluar masuk beberapa negara seperti Pakistan, Filipina, Bangladesh dan India, selain tiket penerbangan palsu. – BERNAMA
Berita berkaitan
January 5, 2025, 12:39 pm
Hubungan diplomatik Malaysia-Singapura diperkukuh dalam lawatan 2 hari ke tanah air esok
January 5, 2025, 12:33 pm
Anggota APM cedera, ambulans langgar besi kren di Kuala Langat
January 5, 2025, 12:29 pm
Kes hMPV meningkat, KKM nasihat orang ramai berjaga-jaga, cegah jangkitan
January 5, 2025, 12:23 pm
Seekor lagi kucing mati dalam akibat UM diserang anjing liar
January 5, 2025, 12:21 pm
Atlet Paragliding Malaysia maut jatuh laut ketika latihan di Thailand
January 5, 2025, 12:20 pm
Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta berkunci
January 5, 2025, 12:17 pm
4 cedera treler rempuh 3 kenderaan di Kluang
January 5, 2025, 12:15 pm
Gaji progresif berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta
January 5, 2025, 12:11 pm
Nak balik Palestin segera punca kekecohan di Wisma Transit KL
January 4, 2025, 12:48 pm