TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

5 tragedi menyayat hati berlaku sepanjang 2024

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Tahun 2024 menyaksikan beberapa insiden tragis yang meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.

Pelbagai kejadian malang seperti kemalangan, bencana alam, dan kehilangan nyawa telah menggoncang emosi masyarakat.

Berikut disediakan lima tragedi menyayat hati yang meruntun emosi rakyat Malaysia.

Kemalangan bas ekspres di Melaka (23 Disember 2024)

Satu kemalangan tragis berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, Melaka, melibatkan sebuah bas ekspres yang terbabas selepas melanggar tayar lori yang tercabut.

Tragedi ini meragut tujuh nyawa, termasuk pemandu bas dan sebuah keluarga, serta menyebabkan beberapa lagi individu cedera. 

Nahas helikopter TLDM di Lumut (23 April 2024)

Dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung di udara dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, mengorbankan 10 perwira muda negara.

Insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India (23 Ogos 2024)

Seorang wanita warganegara India, G Vijaya Lakshmi, 48, terjerumus ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus ketika berjalan di kaki lima Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan 194 anggota penyelamat terpaksa dihentikan selepas sembilan hari tanpa menemui jasad mangsa.

Kemalangan maut di hadapan UiTM Dungun (9 Oktober 2024)

Tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) maut manakala seorang lagi cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV yang dipandu seorang wanita dipercayai kurang siuman di hadapan universiti tersebut.

Keracunan makanan di Kulim, Kedah (7 Julai 2024)

Dua beradik, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok yang didakwa dicampurkan racun tikus untuk dijadikan umpan perangkap monyet liar di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah. - Media Telus

+ - reset