Berita Berita
Jumlah pelancong China 'mendarat' di Pulau Pinang tahun ini naik 222 .7 peratus
GEORGE TOWN 31 Dis – Kemasukan pelancong dari China ke Pulau Pinang menunjukkan peningkatan ketara dengan 108,029 pelancong direkodkan dari Januari hingga November tahun ini, berbanding 33,474 pelawat dalam tempoh sama pada 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 222.7 peratus.
“Dari segi kekerapan penerbangan, Pulau Pinang mencatatkan 61 penerbangan mingguan dari bandar-bandar di China sehingga November lalu berbanding hanya 17 penerbangan pada tahun sebelumnya.
“Ia mencatatkan peningkatan luar biasa dari segi penerbangan antarabangsa iaitu sebanyak 258.82 peratus dan ini menunjukkan Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan dan ekonomi serantau,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, satu lagi syarikat penerbangan antarabangsa dari China iaitu Loong Air telah melancarkan penerbangan terus dari Xi’an ke Pulau Pinang semalam menandakan satu lagi kejayaan besar buat industri pelancongan negeri ini.
“Kini, Xi’an menjadi bandar ketujuh di China yang mempunyai sambungan terus ke Pulau Pinang, menyertai rangkaian 11 laluan antara bandar-bandar utama di China dengan negeri ini,” katanya.
Berita berkaitan
January 3, 2025, 11:43 am
Pelajar tingkatan 4 maut motosikal ditunggal terbabas di LPT 1
January 3, 2025, 11:16 am
Sebar risalah agama Kristian di tengah bandar, ini komen Menteri Agama
January 3, 2025, 11:09 am
Projek tebatan banjir, pembasmian kemiskinan dipercepatkan – PM
January 3, 2025, 11:06 am
Penjawat awam Malaysia jadi contoh di peringkat antarabangsa – Anwar
January 3, 2025, 10:48 am
Dakwa kekasih masih bujang, ibu tunggal teruk dibelasah akibat 'sondol' suami orang di parkir kereta
January 3, 2025, 10:41 am
Ibu maut, anak 4 tahun cedera dirempuh motosikal ditunggang remaja di Jempol
January 3, 2025, 10:41 am
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi, kementerian beri bantuan konsular
January 3, 2025, 10:03 am
Rombak semula projek yang 'makan masa' nak siap - Anwar
January 2, 2025, 5:15 pm
Pindaan Akta PERKESO bakal perkenal perlindungan 24 jam kepada pekerja
January 2, 2025, 5:02 pm