TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis cari Fahmi Reza, lebih 30 laporan diterima

By
|
Kongsi
image

Kota Kinabalu: Polis sedang mengesan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza selepas menerima lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, susulan laporan polis yang diterima di seluruh Sabah itu, satu kertas siasatan terhadap individu berkenaan dibuka.

"Kita mencarinya untuk dia bertanggungjawab atas perbuatannya dan pihak polis akan memastikan siasatan ke atas kes berkenaan diteruskan," katanya pada sidang media berkaitan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Jauteh berkata, pihaknya percaya Fahmi masih berada di negeri ini dan mungkin hadir pada perhimpunan aman anjuran Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) di hadapan Menara Kinabalu, esok.

Katanya, Fahmi dikehendaki polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan dan akan mengambil tindakan jika dia hadir pada perhimpunan berkenaan.

"Jadi yang lain jangan terpengaruh dengan provokasinya kerana kita sudah terang-terangan menyatakan bahawa polis mencarinya di bawah akta itu," katanya.

Sebelum ini, Fahmi memuat naik poster karikatur Musa dengan imej negatif sebagai bantahan terhadap pelantikannya atas alasan pernah dikaitkan dengan rasuah.

+ - reset