Berita Berita
JPJ panggil penyelia, kakitangan Puspakom lepaskan kenderaan tak selamat
KUALA LUMPUR 30 Dis - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Op Mengejut Puspakom di seluruh negara hari ini bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa mematuhi standard yang ditetapkan.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi itu dilakukan tanpa memaklumkan kepada pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu seperti arahan daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang ingin pihaknya melaksanakan penguatkuasaan secara berfasa.
Katanya, fasa pertama adalah sekatan jalan raya yang telah dilakukan JPJ di lebuh raya terpilih manakala fasa kedua adalah pemeriksaan secara mengejut di Puspakom seperti di lakukan hari ini.
"Dalam operasi hari ini di Puspakom Wangsa Maju bagi tempoh dua jam, JPJ telah melakukan pemeriksaan ke atas 115 lori dan mengeluarkan 69 notis saman serta 29 kenderaan telah diambil tindakan.
"Selain itu, tujuh kenderaan masing-masing lima kereta dan dua lori telah disita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu di Puspakom Wangsa Maju di sini pada Isnin.
Turut sama menyertai operasi itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam.
Tambah Muhammad Kifli, pihaknya mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori antaranya menggunakan tayar celup yang tidak selamat dan uzur.
"Ketua Setiausaha MOT telah memaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom (Mahmood Razak Bahman) untuk membuat penambahbaikan segera dalam hal ini kerana kebanyakan tayar ini mudah pecah dan jika tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan kemalangan,” ujarnya.
Katanya lagi, pemeriksaan di Puspakom Wangsa Maju juga mendapati sebuah kenderaan yang dianggap tidak selamat telah lulus pemeriksaan di Puspakom terbabit.
Susulan itu, beliau berkata, penyelia dan kakitangan Puspakom yang bertanggungjawab bagi pemeriksaan itu diarah hadir ke Ibu Pejabat JPJ pada Selasa untuk soal siasat selain kertas siasatan akan dibuka.
Berita berkaitan
January 3, 2025, 11:16 am
Sebar risalah agama Kristian di tengah bandar, ini komen Menteri Agama
January 3, 2025, 11:09 am
Projek tebatan banjir, pembasmian kemiskinan dipercepatkan – PM
January 3, 2025, 11:06 am
Penjawat awam Malaysia jadi contoh di peringkat antarabangsa – Anwar
January 3, 2025, 10:48 am
Dakwa kekasih masih bujang, ibu tunggal teruk dibelasah akibat 'sondol' suami orang di parkir kereta
January 3, 2025, 10:41 am
Ibu maut, anak 4 tahun cedera dirempuh motosikal ditunggang remaja di Jempol
January 3, 2025, 10:41 am
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi, kementerian beri bantuan konsular
January 3, 2025, 10:03 am
Rombak semula projek yang 'makan masa' nak siap - Anwar
January 2, 2025, 5:15 pm
Pindaan Akta PERKESO bakal perkenal perlindungan 24 jam kepada pekerja
January 2, 2025, 5:02 pm
Ribuan ahli MIC dijangka hadir perhimpunan solidariti Najib Razak
January 2, 2025, 4:50 pm