Berita Sukan
Atlet silambam harum nama Malaysia, bawa pulang 12 emas, juara keseluruhan kejohanan Asia
KUALA LUMPUR 30 Dis - Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
Presiden Persatuan Silambam Malaysia Dr M Suraess berkata, enam atlet negara mempamerkan aksi cemerlang dengan masing-masing menyumbang dua emas menerusi kategori kemahiran individu dan tempur di Kompleks Sukan Doha.
Pemenang pingat emas itu terdiri Prakash dalam kategori lelaki terbuka melebihi 60kg, Shastivena untuk kategori perempuan bawah 17 tahun (55kg-65kg), serta Leenasree (30kg-40kg), Kavithira (45kg-55kg), Darnisha (55kg-65kg), dan Ranishaa (melebihi 70kg) dalam kategori perempuan bawah 15 tahun.
Dr Suraess berkata, tuan rumah Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing menamatkan kejohanan di tempat kedua dan ketiga. Kejohanan itu turut disertai wakil dari India dan Arab Saudi.
“Kami mencipta sejarah dengan memenangi gelaran juara keseluruhan. Enam atlet kami yang pernah memenangi pingat di Sukma Sarawak pada Ogos lepas turut mengambil bahagian, katanya dalam kenyataan hari ini. - Media Telus
Berita berkaitan
January 24, 2025, 10:05 am
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
January 18, 2025, 12:25 pm
Kerjasama mantap pastikan kemenangan besar JDT ke atas TFC
January 13, 2025, 12:33 pm
Peruntukan RM30 juta tingkat motivasi Harimau Malaya
January 12, 2025, 11:18 pm
Harimau Malaya dapat peruntukan tambahan RM15 juta, dibiaya syarikat swasta
January 10, 2025, 12:15 pm
Pemain pertahanan JDT terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ACL
January 7, 2025, 5:15 pm
Bumbung bocor, aksi Terbuka Malaysia di Axiata Arena terganggu
January 3, 2025, 3:12 pm
Masa depan Azizulhasni bersama pasukan kebangsaan masih samar
December 24, 2024, 12:07 pm
FAM gantung keahlian KAFA berkuat kuasa serta-merta
December 20, 2024, 11:54 am