Berita Jenayah
Pemuda dijel, denda RM4,000 rakam video, gambar lucah nenek kandung, ahli keluarga
BATU PAHAT 26 Dis - Seorang lelaki yang merakam dan menyimpan video lucah milik ahli keluarga termasuk neneknya sendiri dipenjara empat hari dan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah Mahkamah Majistret, hari ini.
Tertuduh, Mohammad Fazlie Isa, 23, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja kebun sawit didakwa menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon miliknya di sebuah rumah di Sri Medan di sini, jam 11.15 malam, 23 Disember lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta dan laporan, polis menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pautan yang digunakan tertuduh yang mana ada kaitan dengan video dan gambar lucah dirakamnya.
Sebaik menerima maklumat itu, polis menyerbu rumah didiami tertuduh bersama ahli keluarga lain dan merampas telefon bimbitnya.
Pemeriksaan menemui beberapa gambar dan video yang dirakam tertuduh. Hasil soal siasat, tertuduh mengaku bahan lucah adalah nenek, ibu saudara dan juga sepupunya.
Pemuda rakam video, gambar ketika mangsa mandi, tukar pakaian
Semua video dan gambar itu dirakam ketika mereka sedang mandi dan juga menyalin pakaian dalam bilik.
Berikutan itu, polis menahan tertuduh pada hari sama dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk siasatan lanjut.
Pada prosiding itu, pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana bimbang kemungkinan tertuduh akan melakukan perkara sama jika dikenakan denda.
Mahkamah menjatuhkan penjara empat hari dan denda RM4,000 serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayarnya.
Berita berkaitan
December 27, 2024, 2:57 pm
Operator kilang ditahan selepas pecah cermin kereta dengan rantai besi
December 27, 2024, 10:32 am
Penjenayah rempuh kereta peronda polis, penunggang motosikal ketika cuba lari 'road block' di PJ
December 25, 2024, 11:38 am
Lelaki lari dari polis ditahan bersama dadah di Seri Kembangan
December 24, 2024, 2:56 pm
13 lelaki termasuk warga emas 74 tahun ditahan dalam Op Pedo
December 24, 2024, 2:25 pm
Kena 'block' lepas serah RM304,000, jururawat ditipu scam pelaburan tak wujud
December 23, 2024, 2:31 pm
Tekong darat langgar kenderaan demi selamatkan diri, 10 PATI Myanmar ditahan
December 23, 2024, 2:13 pm
Bapa dijel 25 tahun, 10 sebatan rogol anak kandung 13 tahun hingga hamil
December 20, 2024, 12:08 pm
Remaja 15 tahun, lelaki Thai ditahan bersama dadah bernilai RM13,000 di Tanah Merah
December 20, 2024, 11:19 am