Berita Jenayah
13 lelaki termasuk warga emas 74 tahun ditahan dalam Op Pedo
KUALA LUMPUR 24 Dis – Seramai 13 orang lelaki tempatan berumur antara 20 hingga 74 tahun ditangkap dalam serbuan enam negeri dalam operasi bersepadu ‘Op Pedo’ semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan itu di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu dilaksanakan dengan Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).
Operasi bersepadu ini bertujuan menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan aktiviti dalam talian khususnya di platform media sosial, di samping memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat serta penyedia platform tentang tanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan kanak-kanak.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap peranti yang digunakan di premis kediaman kesemua suspek, telah menemui anggaran 40,000 csam dan bahan pornografi dewasa.
Polis turut merampas tujuh unit komputer, seunit komputer riba, 11 telefon bimbit dan 16 unit modem dan router.
Kesemua suspek akan direman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
“Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka atas kesalahan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kesalahan memiliki bahan lucah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tegasnya, polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.
Tambahnhya, orang ramai terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak dinasihatkan agar meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak
berkuasa. – Media Telus
Berita berkaitan
December 26, 2024, 2:14 pm
Pemuda dijel, denda RM4,000 rakam video, gambar lucah nenek kandung, ahli keluarga
December 25, 2024, 11:38 am
Lelaki lari dari polis ditahan bersama dadah di Seri Kembangan
December 24, 2024, 2:25 pm
Kena 'block' lepas serah RM304,000, jururawat ditipu scam pelaburan tak wujud
December 23, 2024, 2:31 pm
Tekong darat langgar kenderaan demi selamatkan diri, 10 PATI Myanmar ditahan
December 23, 2024, 2:13 pm
Bapa dijel 25 tahun, 10 sebatan rogol anak kandung 13 tahun hingga hamil
December 20, 2024, 12:08 pm
Remaja 15 tahun, lelaki Thai ditahan bersama dadah bernilai RM13,000 di Tanah Merah
December 20, 2024, 11:19 am
Along Cham didakwa miliki 58.23 gram ganja, hakim tolak ikat jamin
December 20, 2024, 9:16 am
Anak yatim cedera dipercayai didera ibu saudara
December 19, 2024, 7:10 pm