TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Kena 'block' lepas serah RM304,000, jururawat ditipu scam pelaburan tak wujud

By
|
Kongsi
image

NILAI 24 Dis - Seorang jururawat terpaksa menanggung kerugian lebih RM300,000 selepas tertipu dengan tawaran skim pelaburan saham yang menawarkan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, selepas membuat pelaburan dalam jumlah berkenaan, wakil daripada syarikat pelaburan enggan menyerahkan pulangan sebelum lesap.

"Kira- kira jam 1.30 tengah hari semalam, kaunter aduan Balai Polis Mantin menerima satu laporan daripada seorang wanita warga tempatan berusia 49 tahun yang dikatakan ditipu sindiket pelaburan saham.

"Mangsa mendakwa dia melihat satu iklan di aplikasi Facebook yang menawarkan skim pelaburan saham bernama DKCM pada 4 November lalu.

"Dia kemudiannya berminat untuk melabur dalam sistem saham itu sebelum dihubungi individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil pihak DKCM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Abdul Malik, mangsa kemudiannya diterangkan mengenai skim pelaburan saham itu dan bersetuju untuk melabur.

"Pengadu kemudian dipercayai memindahkan wang ke lima akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan saham melalui 13 transaksi dengan jumlah RM304,500.

"Pada 3 Disember lalu, pengadu sedar ditipu selepas WhatsApp pengadu disekat dan wanita itu tidak dapat mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan," katanya.

Jelasnya lagi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BDJKD) Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang mengesan suspek.

"Pihak polis menasihatkan orang awam supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menyertai apa-apa pelaburan dan tidak memberikan maklumat bank kepada individu tidak dikenali," katanya. - Media Telus

+ - reset