TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pasangan Malaysia di penjara Narathiwat hanya dibenarkan bertemu selepas 3 bulan

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 22 Dis. - Pasangan Malaysia yang ditahan di penjara Narathiwat hanya dibenarkan bertemu selepas tiga bulan sebaik dihantar ke penjara.

Pengarah penjara wilayah Narathiwat, Superintendan Surin Chantep berkata, mereka dibenarkan bertemu pasangan masing-masing dua kali sebulan.

"Selepas pandemik Covid-19, pihak penjara memutuskan untuk melanjutkan tempoh pertemuan suami isteri daripada 15 minit kepada 30 minit.

"Ini terpakai kepada pasangan penjara dari semua negara termasuk dari Malaysia. Kami mahu mereka mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa mereka dengan membincangkan apa sahaja yang mereka mahu," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Surin turut memaklumkan hanya penjara Narathiwat yang memperkenalkan inisiatif untuk membantu pasangan itu melepaskan masalah mereka.

Ditanya mengenai penyanyi Malaysia dan suaminya yang ditahan di penjara sama, Surin berkata, kedua-duanya hanya bertemu apabila polis Sungai Golok datang ke penjara untuk menyoal mereka.

"Kedua-duanya masih dalam tahanan lanjut dan masih belum didakwa. Jadi, mereka hanya boleh berjumpa apabila dipanggil untuk disoal siasat.

"Biasanya, pegawai penyiasat akan membenarkan mereka bercakap kira-kira 15 minit," katanya.

Beliau berkata, pihak penjara sedang merancang untuk membenarkan semua pasangan Islam termasuk dari Malaysia menunaikan solat bersama-sama.

"Kita mahu mereka berpakaian kemas dan kemudiannya menunaikan solat di bilik khas yang disediakan. Jika semuanya berjalan lancar, kita akan mulakan tahun depan," katanya.

Penjara Narathiwat adalah antara 13 penjara di wilayah selatan dengan 2,800 banduan dari beberapa negara kini ditahan di sana.

Kira-kira 90 peratus daripada banduan itu beragama Islam dan mereka termasuk dari Malaysia dan Myanmar. - Harian Metro

+ - reset