Berita Berita
Malaysia lanjut pengecualian visa warga India hingga 2026
PUTRAJAYA 20 Dis – Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa selama 30 hari kepada warganegara India sehingga 31 Disember 2026.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman berkata, keputusan ini selari dengan persiapan pempengerusian ASEAN 2025 dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Jelasnya, sebelum ini, pelanjutan pengecualian visa yang sama telah diberikan kepada warganegara China dengan tarikh akhir yang sama.
“Pelan Liberalisasi Visa telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara.
“Salah satu inisiatif bawah Pelan Liberalisasi Visa ini ialah pemberian pengecualian visa bagi tempoh selama 30 hari kepada warganegara Republik Rakyat China dan India berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2026 untuk Republik Rakyat China dan 31 Disember 2024 untuk India,” katanya dalam kenyataan malam ini. – Media Telus
Berita berkaitan
December 21, 2024, 3:23 pm
Kerajaan teruskan pemberian penghargaan khas kepada pesara – PM
December 21, 2024, 3:09 pm
Kerajaan Persekutuan adil salur peruntukan ke negeri pembangkang – PM
December 21, 2024, 2:59 pm
JAIS henti sesi pengajaran sekolah agama di Serdang susulan kes pelajar maut
December 21, 2024, 11:30 am
Amaran ribut petir, hujan lebat dijangka landa Perak, Selangor, Sabah
December 21, 2024, 11:23 am
Penyanyi wanita ditahan miliki pil kuda di Sungai Golok alami kemurungan teruk
December 21, 2024, 11:15 am
Tol percuma pada 23, 24 Disember sempena Krismas
December 21, 2024, 11:08 am
UM buat laporan polis kes kematian ngeri kucing di kampus
December 21, 2024, 10:56 am
Anwar tegas kerajaan kekal komited pada agenda reformasi
December 20, 2024, 8:56 pm