Berita Berita
'Saya tak jumpa dengan mana-mana hakim' - Anwar nafi campur tangan bebaskan Rosmah
IPOH 20 Dis– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai.
Anwar berkata keputusan itu tertakluk kepada kuasa mahkamah dan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan tidak wajar menyamakan pentadbirannya dengan pentadbiran terdahulu berkaitan kes-kes di mahkamah.
“Saya tidak menemui mana-mana hakim, saya tidak bicara dengan Ketua Hakim Negara dalam soal keputusan mahkamah.
“Kita hormati keputusan mahkamah. Kalau dirasakan perlu membuat rayuan, itu keputusan Peguam Negara,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan buku Lim Kit Siang: ‘Malaysian First’ Jilid 1 dan 2 di sini hari ini.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Rosmah daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk membatalkan kesemua tuduhan berkenaan.
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut hari ini.
Sementara itu, Anwar memaklumkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sabah adalah di bawah bidang kuasa negeri dan Yang di-Pertuan Agong.
“Apakah Perdana Menteri tak tahu? Perdana Menteri tahu. Memang dirujuk. Tapi Perdana Menteri yang tahu ini pun, tahu Perlembagaan dan batasannya (kuasa Perdana Menteri).
“Sekarang, setelah Agong perkenan, apa pendirian saya? Saya terima baik keputusan Agong dan mendoakan sebaiknya supaya Tun Musa Aman akan menjadi seorang Yang Dipertua Negeri yang baik untuk Sabah,” katanya.
Anwar berkata keputusan mahkamah membebaskan Musa daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram pada 2020 adalah ketika dalam pemerintahan kerajaan terdahulu.
Berita berkaitan
December 21, 2024, 3:23 pm
Kerajaan teruskan pemberian penghargaan khas kepada pesara – PM
December 21, 2024, 3:09 pm
Kerajaan Persekutuan adil salur peruntukan ke negeri pembangkang – PM
December 21, 2024, 2:59 pm
JAIS henti sesi pengajaran sekolah agama di Serdang susulan kes pelajar maut
December 21, 2024, 11:30 am
Amaran ribut petir, hujan lebat dijangka landa Perak, Selangor, Sabah
December 21, 2024, 11:23 am
Penyanyi wanita ditahan miliki pil kuda di Sungai Golok alami kemurungan teruk
December 21, 2024, 11:15 am
Tol percuma pada 23, 24 Disember sempena Krismas
December 21, 2024, 11:08 am
UM buat laporan polis kes kematian ngeri kucing di kampus
December 21, 2024, 10:56 am
Anwar tegas kerajaan kekal komited pada agenda reformasi
December 20, 2024, 11:11 pm