Berita Jenayah
Anak yatim cedera dipercayai didera ibu saudara
TAWAU 20 Dis - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikesan mengalami kecederaan di dagu, benjol di dahi dan lebam pada punggung selain kesan darah beku di belakang telinga kiri, dipercayai akibat didera ibu saudaranya.
Perbuatan itu terbongkar selepas doktor merawat mangsa yang dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau oleh gurunya pada 10 Disember lalu sebelum tampil membuat laporan polis susulan kecederaan mencurigakan pada mangsa.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.
Beliau berkata, pengadu yang juga doktor bertugas ketika itu datang ke IPD Tawau membuat laporan sebaik pemeriksaan ke atas mangsa kira-kira jam 3 petang mendapati kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa, disyaki akibat didera.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa adalah penuntut di sebuah sekolah agama rakyat dekat sini dan anak tunggal yang tinggal bersama ibu saudaranya sejak kematian ibu tiga tahun lalu.
"Suspek ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Jasmin berkata, mangsa kini ditempatkan di Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Berita berkaitan
December 26, 2024, 2:14 pm
Pemuda dijel, denda RM4,000 rakam video, gambar lucah nenek kandung, ahli keluarga
December 25, 2024, 11:38 am
Lelaki lari dari polis ditahan bersama dadah di Seri Kembangan
December 24, 2024, 2:56 pm
13 lelaki termasuk warga emas 74 tahun ditahan dalam Op Pedo
December 24, 2024, 2:25 pm
Kena 'block' lepas serah RM304,000, jururawat ditipu scam pelaburan tak wujud
December 23, 2024, 2:31 pm
Tekong darat langgar kenderaan demi selamatkan diri, 10 PATI Myanmar ditahan
December 23, 2024, 2:13 pm
Bapa dijel 25 tahun, 10 sebatan rogol anak kandung 13 tahun hingga hamil
December 20, 2024, 12:08 pm
Remaja 15 tahun, lelaki Thai ditahan bersama dadah bernilai RM13,000 di Tanah Merah
December 20, 2024, 11:19 am
Along Cham didakwa miliki 58.23 gram ganja, hakim tolak ikat jamin
December 19, 2024, 7:10 pm