TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Zahnita Wilson jalani ujian air kencing susulan laporan berkaitan dadah - polis

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 14 Dis - Ujian air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson, dilakukan atas dasar laporan berkaitan dadah yang melibatkan dirinya, dan bukan disebabkan permintaannya untuk mendapatkan khidmat pengiring polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, menegaskan bahawa terdapat salah faham berkaitan insiden tersebut.

“Ujian air kencing dan perkhidmatan polis pengiring adalah dua perkara yang berbeza. Ujian urin dilakukan kerana terdapat laporan berkait dadah yang dibuat terhadapnya pada hari yang sama.

"Polis perlu menjalankan ujian air kencing bagi menyiasat kesahihan aduan tersebut,” katanya selepas menyertai operasi pemotongan bekalan elektrik premis perjudian di Kuantan pada Sabtu.

Beliau turut menjelaskan bahawa Zahnita hadir ke balai polis untuk meminta bantuan pengiring atas faktor keselamatan semasa melaksanakan perintah interim hak penjagaan anak.

“Bantuan pengiring diberikan bagi mengelakkan sebarang pergaduhan, memandangkan isu ini melibatkan keluarga. Namun, ketika itu juga sudah ada laporan terhadapnya, jadi ujian urin dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, Zahnita mendakwa diminta menjalani ujian air kencing untuk mendapatkan khidmat pengiring polis bagi menjemput dua anaknya di rumah suaminya.

Bagaimanapun, Zahnita kini meluahkan rasa lega selepas memperoleh perintah sementara hak penjagaan anak-anaknya daripada suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor. Perintah mahkamah itu menandakan tamatnya hampir dua minggu Zahnita terpisah dengan anak-anaknya. - Media Telus

+ - reset