Berita Berita
Sejuta ahli KWSP telah buat caruman sukarela berjumlah RM11.16 billion setakat Oktober
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Seramai satu juta ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat caruman sukarela berjumlah RM11.16 bilion setakat Oktober 2024.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dalam tempoh yang sama seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
"Selain itu, melalui penstrukturan semula akaun KWSP, caruman Akaun Persaraan (Akaun 1) yang bertujuan sebagai simpanan persaraan telah ditingkatkan sebanyak 75 peratus berbanding 70 peratus sebelum ini.
"Ini juga dilihat mampu mempercepatkan ahli mencapai Simpanan Asas," katanya ketika sesi soal jawab persidangan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew berkenaan strategi kerajaan dalam memastikan seseorang individu mempunyai jumlah simpanan KWSP yang mencukupi untuk menikmati kehidupan yang selesa selepas bersara.
Menurut Amir Hamzah, setakat 31 Oktober 2024, seramai 2.65 juta atau 36.2 peratus daripada 7.33 juta ahli aktif formal berumur 18 hingga 55 tahun telah mencapai simpanan asas mengikut umur berbanding 2.21 juta (30.4 peratus) daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga mengambil maklum cadangan Lau agar umur persaraan dilanjutkan kepada 65 tahun.
Katanya, perkara tersebut adalah merupakan dasar kerajaan yang memerlukan penelitian yang rapi dan teliti oleh semua pihak sebelum sebarang keputusan dibuat diperingkat dasar kerajaan. - Bernama
Berita berkaitan
December 11, 2024, 10:41 am
MBSA larang jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam
December 10, 2024, 4:26 pm
Kes kematian Zaharif: Pegawai penyiasat mengaku padam 2 video perlanggaran
December 10, 2024, 4:19 pm
Siasatan Roger Ng berhubung skandal 1MDB masih diteruskan
December 10, 2024, 4:12 pm
Edar dadah, bekas pemandu van dihukum penjara seumur hidup
December 10, 2024, 3:58 pm
Bantuan khas kewangan RM2,000 untuk penjawat awam Perlis
December 10, 2024, 3:43 pm
Pelanggan tikam pemilik bengkel hingga parah selepas baiki kereta di Subang Jaya
December 10, 2024, 3:33 pm
Isu Batu Puteh: Polis tak terima laporan ke atas Tun M setakat ini
December 10, 2024, 3:25 pm
1MDB: Najib nafi pelaburan, projek 1MDB untuk kepentingan diri, UMNO
December 10, 2024, 3:15 pm