Berita Berita
Pelanggan tikam pemilik bengkel hingga parah selepas baiki kereta di Subang Jaya
SUBANG JAYA 10 Dis – Seorang pemilik bengkel parah selepas ditikam pelanggannya dalam kejadian di sebuah bengkel di Good Year Court, Subang Perdana, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5.30 petang.
Katanya, suspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun pada mulanya datang ke bengkel tersebut untuk membaiki masalah brek kenderaannya.
“Selepas kerosakan selesai dibaiki, suspek membuat pembayaran dan meninggalkan bengkel.
“Namun, dua jam kemudian suspek kembali dan berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum suspek bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, akibat serangan itu mangsa lelaki tempatan berusia 54 tahun mengalami kecederaan parah di leher dan dada.
Tambah Wan Azlan, mangsa lelaki telah cuba mendapatkan bantuan dengan berjalan kaki sejauh kira-kira 200 meter menuju ke sebuah klinik swasta berhampiran.
“Bagaimanapun, mangsa pengsan di koridor klinik tersebut sebelum sempat menerima rawatan.
“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, suspek yang bertindak melarikan diri menaiki kereta jenis Perodua Alza telah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan bagi memastikan suspek segera ditahan,” katanya.- Media Telus
Berita berkaitan
December 11, 2024, 10:41 am
MBSA larang jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam
December 10, 2024, 4:26 pm
Kes kematian Zaharif: Pegawai penyiasat mengaku padam 2 video perlanggaran
December 10, 2024, 4:19 pm
Siasatan Roger Ng berhubung skandal 1MDB masih diteruskan
December 10, 2024, 4:12 pm
Edar dadah, bekas pemandu van dihukum penjara seumur hidup
December 10, 2024, 4:06 pm
Sejuta ahli KWSP telah buat caruman sukarela berjumlah RM11.16 billion setakat Oktober
December 10, 2024, 3:58 pm
Bantuan khas kewangan RM2,000 untuk penjawat awam Perlis
December 10, 2024, 3:33 pm
Isu Batu Puteh: Polis tak terima laporan ke atas Tun M setakat ini
December 10, 2024, 3:25 pm
1MDB: Najib nafi pelaburan, projek 1MDB untuk kepentingan diri, UMNO
December 10, 2024, 3:15 pm